2011-12-14

novel~!!



Danial Akmal Datuk Dahlan adalah anak kacukan, hensem dan memang terbaek ah. Ibunya Nora John Abdullah dari Paris adalah bekas model dan telah bercerai dengan papanya. Papanya Datuk Dahlan telah berkahwin lain dengan Datin Cantara yang memang jahat nak mampos. Dia telah merampas segala kebahagiaan kawan baiknya iaitu Nora John termasuklah memisahkan Danial dari jagaan Nora.
Datin Cantara merampas segala harta Datuk Dahlan dan telah membunuh Datuk Dahlan dengan memberi racun. Eryna Izzati iaitu kekasih Danial, sangat cantik dan ank yatim piatu. Bertahun mereka berkasih dan pelbagai cara digunakan oleh Datin Cantara dan Shirly(anak angkat Datin Cantara) untuk memisahkan mereka. Sehinggalah pada hari Danial dan Eryna bernikah, Datin Cantara dan Shirly telah mencolek mereka dan Eryna dikabarkan meninggal dunia di dalam newspaper. Selepas 2 tahun…….Danial yg telah ditembak diselamatkan oleh ibunya Nora John. Danial bagaikan mayat hidup kesan daripada kehilangan isterinya Eryna. Selama 2 tahun dia tidak melihat dunia luar dan hanya terperap di dalam biliknya. Dia telah hilang semangat untuk hidup dan pelbagai cara digunakan oleh ibunya untuk memulihkan semangat Danial. Mak Long iaitu orang yg menjaga Eryna tidak dapat dikesan.
Pakcik Harun iaitu jiran Nora John berjaya menaikkan semula semangat Danial dengan mendekatkan dirinya pada Allah. Nora John mempunyai syarikat pembekal kain dan PA nya mempunyai personality yg sama dengan Eryna. Cuma yg membezakanya adalah Eryna iaitu PA nya mempunyai ibubapa. Eryna yg seiras ni mempunyai kekasih iaitu Amir Ridzuan. Danial yg diminta ibunya membantu di pejabat telah terserempak dengan Eryna. Dia telah memalukan Eryna di depan staf lain dengan memeluk dan mencium kerana sangkakan isterinya masih hidup.
Danial siasat latar belakang Eryna dan sah Eryna isterinya. Happy giler mamat ni. Dia berjumpa Mak Long dan Eryna disahkan hilang ingatan 2 thn lepas akibat ditolak ke dalam laut dan kepalanya terlanggar batu. Dia amat sedih bila Eryna lupakannya dan cinta Eryna kini milik Amir. Setiap hari dia ganggu Eryna sebab ade cop SAH hahaha. Eryna yg tension dengan sikap Danial nekad ajak Amir kahwin tapi ditolak bulat2 oleh Maklong dan sedara mara yg lain.
Akhirnya Mak Long membuka rahsia status Eryna yg isteri Danial. Amir yg rasa tertipu dengan keluarga Maklong telah membawa diri. Eryna plak telah dipaksa oleh Danial untuk tinggal bersama. Eryna bertambah benci dengan Danial. Mereka membuat haluan sendiri sehinggalah Eryna diragut kesuciannya oleh Danial akibat Danial cemburukan Eryna yg masih berhubung dengan Amir. Eryna yg marahkan Danial telah keluar rumah dan tinggal bersama Ain Khadeeja iaitu sepupunya yg paling rapat. Danial ni plak berlakon dengan Akilah sebagai pasangan kekasih untuk cemburukan Eryna. Tapi hati Eryna masih pada Amir.
Ha bila berpisah dengan Danial barulah rasa rindu dan cinta tu datang. Hari2 Eryna ingatkan Danial macam orang gila talak. Eryna akan balik ke rumah semula jika Danial datang memujuk tapi ego Danial terlalu tinggi. Ibu Akilah yg sukakan Danial telah buat fitnah tentang hubungan Eryna dan Amir. Jadi Danial buat keputusan untuk lepaskan Eryna. Eryna yg disahkan mengandung telah membawa diri ke Melaka tanpa diketahui oleh sesiapa.
Datin Cantara dapat tahu pasal Eryna yg mengandungkan anak Danial. Ain Khadeeja dan Eryna yg cuba melarikan diri dari konco2 Cintara telah dilanggar oleh lori. Mereka cedera parah dan Eryna disahkan buta. Danial yg rasa bersalah meminta dari keluarga Eryna untuk menjaganya tetapi dirahsiakan. Eryna dijaga oleh di rumah Pak usu. Eryna meminta Pak Usu merahsiakan halnya dari sedara mara. Sedara maranya telah bergilir-gilir menjaga Eryna tetapi tidak diketahui olehnya. Termasuklah Danial yg menyamar sebagai pemandu Eryna. Best2.
Akhirnya Eryna terima Danial dan selamat lahirkan baby boy Mohd Rayyan Akmal bin Danial Akmal. Musibah datang bila Eryna diculik oleh Datin Cintara dan Rayyan dilarikan oleh Shirly. Eryna telah dibawa ke Singapora dan hampir dirogol. Cintara diberkas dan Eryna salahkan Danial atas kehilangan Rayyan. Danial terpaksa ceraikan Eryna atas permintaan Shirly jika ingin Rayyan selamat.
Rayyan selamat dan Shirly ditangkap polis. Eryna marahkan Danial atas perceraian itu dan mereka bermasam muka selama sebulan. Danial yg ego tinggi ni memang takkan minta maaf jadi Eryna mengalah kerana sayangkan Danial. Mereka disatukan pada hari perkahwinan Pak Usu dan Wahida. Ain Khadeeja dan Amir turut disatukan hasil pertolongan Eryna yg bocorkan rahsia tentang perasaan Deeja pada Amir. Wassalam.

1 comment: