2012-05-18

[Selamat Hari Guru]

Assalamualikum.


Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik!




PrOud tO be One Of them ::

Jika hari ini seOrang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seOrang Raja  menaiki takhta
Jika hari ini seOrang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seOrang Ulama yang mulia
Jika hari ini seOrang Peguam menang bicara
Jika hari ini seOrang penulis terkemuka
Jika hari ini seOrang siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Ucapan ::

:: :) Ouke, pertama terima kasih buat ibu dan bapa saya yg xjemu2 menjadi guru dlm mendidik dan membesarkan saya sehingga sekarang. Seterusnya, selamat hari guru buat semua guru2 yang pernah mengajar dan mendidik saya bermula dari Tadika, SekOLah Kebangsan Permatang Pauh, SekOlah Kafa, SekOlah Bimbingan Pasti Nurul Hasanah, SekOlah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir dan seterusnya buat Guru2 di SekOlah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad. ceh! x lupa jugak kpd Cik Diana a.k.a maksu yg dah banyak tlg mengajar saya semasa peperiksaan UPSR dah juga bermain blog. Lastly semOga maksu berjaya menjadi pendidik untuk masa depan! :: :)




2012-02-05

[Pencari Cinta]





بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku dengan seseorang yang melabuhkan cintanya Pada-Mu..
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu..

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut Pada-Mu..
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya..
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu..

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukan lah aku dengan seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu..

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi keindahan bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu..

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu..

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biar aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu..

Amin Ya Rabbal Alamin..



......................................................................................................................................


attention:
*im just sharing..n this is not mine ok..*